Pages

Monday, December 24, 2012

EXTRA DURIAN CREPE

Assalammualaikum semua sahabat di alam maya sihat ke?? pergi mana cuti2 ni...Arini saya ada menerima tempahan DURIAN CREPE disebabkan salah kira saya terlebih buat so ada extra 10 set sahaja jika ingin mencuba boleh msg or call terus di talian 012-4585857 @ 016-4643686 sesiapa beli harini akan dapat free pavlova utk arini sahaja tau....

6pcs RM10

FREE PAVLOVA tp dapat 1PCS je tau klo semua ni botak la kepala i


Tuesday, November 27, 2012

KELAS KEK & HIASAN

Berminat untuk memperlajari kelas dan hiasan tidak perlu lagi beli di kedai bukan ISLAM daripada kelas ini anda boleh buat bermacam jenis kek kesukaan anak2, keluarga dan jiran tertangga...anda juga akan di ajar teknik dan cara menghias kek seperti dia kedai...dengan itu anda juga boleh menjadi peniaga kek....KELAS KEK & HIASAN pada AHAD 2/12/12 jam 10pg sehingga selesai YURAN RM 250 2JENIS kek demo dan 2jenis kek lagi anda sendiri akan menghias nya....anda cuma perlu membawa diri berserta yuran sahaja yang lain nya saya sedia kan untuk anda...jika ingin sertai sila hubungi saya di talian 012-4585857 @ 0164943686....cepat tempat terhad...

WALNUT n CARROT CAKE

BIRTHDAY CAKE

CHOC.MOIST CAKE wt GANACHE
BLUEBERRY CAKE


KELAS ANEKA TARTLED

Assalammualaikum para pengunjung saya akan mengadakan KELAS ANEKA TART PADA 1/12/12 SABTU JAM 2ptg YURAN RM150....4jenis akan diajar dan 1 resepi percuma akan diberi jika anda berminat boleh la menghubungi saya di 012-4585857 @ 016-4943686 tempat terhad
BBERRY CHEESE TART

MIX FLAVOUR CHEESE TART

EGG TART
FRUIT TART
                        

Tuesday, November 20, 2012

FAST SALE NOVEMBER 2012

Assallammualaikum semua maaf yer agak berhabuk & bersawang rumah saya ni mcm2 hal nak di uruskan....ok sebenar nya saya ada buat fast sale pada JUMAAT 23/11/12 so kepada yang berminat boleh la kalau nak merasa produk saya ni...insyaallah kepuasan nya terjamin antara produk nya adalah DURIAN CREPE'S 6pcs RM 10, CHEZY LAYER COMBO (bberry,stberry,oren) RM10, PUDING ROTI RM 10, BAHULU KEMBOJA @ KUIH BAKAR BIJAN RM4.50 so pada yang berminat boleh la menghubungi saya di talian 012-4585857 @ 016-4943686 cepat sebelum terlambat takot yang kempunan plak nnt order terhad......
CHEZY LAYER

DURIAN CREPE'S
PUDING ROTI
BAHULU KEMBOJA @ KUIH BAKAR BIJAN


Saturday, September 8, 2012

Bila Dugaan melanda..Hanya pada MU ku berserah

Assalammualaikum....
Rasa nya berlum terlambat saya ucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin pada para sahabat di alam maya ini....begitu lama rumah blog saya ni tidak ada apa2 berita bukan apa mcm2 perkara yang telah terjadi dalam hidup saya tp apa yang saya nak cerita kan adalah yang terbaru yang lama tu biarkan terkubur tidak mahu dikenang kan lagi...cerita nya bermula pada 11/11/11 saya sibok menguruskan perkahwinan adik lelaki yg bongsu












setelah selesai majlis saya pula disah kan mengandong, so biasa la penyakit malas datang mcm2 ragam nya...selepas itu bermula la cerita kesedihan saya pada tahun ini 2012 tanggal 26/4/12 hari khamis setelah adik bongsu saya baru 6bulan  menjalani bahtera rumah tangga adik saya pergi menghadap ILAHI, kemalangan langgar lari sewaktu beliau hendak pergi kerja..dan pada masa itu isteri beliau mengandong 4bln mmg jodoh mereka tidak lama tetapi isteri arwah seorang yg tabah saya hanya melihat beliau menangis tanpa mengeluarkan suara....selepas 49hari arwah adik saya pergi kemudian di ikuti pula dengan abah saya pada 14/6/2012 hari khamis, meninggal secara mengejut tanpa sebarang penyakit...andai itu sudah tertulis siapa la kita untuk mempersoalkan nya.....Pada 5/8/2012 saya telah melahirkan seorang bayi lelaki yg diberi nama Naim Darwisy Akmal Bin Mohd Shukri berat semasa lahir 3.75kg dan Pada 15/8/2012 isteri arwah adik saya juga telah melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ammar Ku Syairie Bin Attirmizzi Ku Faeiz kini hanya waris nya sahaja yg boleh kami tatap tanda peninggalan arwah utuk kami semua....

Ini anak saya Naim darwisy Akmal
masa ni kepala dah botak hari yg ke 22


Ini bersama anak Arwah yg baju putih tu  di beri nama Ammar Ku Syairie Bin Attirmizzi Ku Faeiz (eg klong rindu kat eg ni anak eg)
semasa gambar di ambil anak arwah baru berusia 2hari dan anak saya 10 hari


Sampai disini sahaja cerita saya untuk hari ini jika kelapangan insyaallah akan saya update semua gambar order(produk saya) sebab skrg ni masih lg dlm berpantang 32hari tp dah merayap merata pon..dan jutaan terima kasih pada yg sudi singgah blog saya....

..:Asam garam kehidupan:..

Ya ALLAH aku adalah Hamba mu yang kerdil, aku memohon pada mu Ya ALLAH kau berikan lah hidayah mu dan kekuatan semoga aku mampu mengharungi segala dugaan yang kau berikan kepada ku sesungguhnya aku adalah Hamba yang lemah.