Pages

Monday, March 21, 2011

KELAS DI BUKA SEMULA

Assalammualaikum semua sihat ke? Setelah di hubungi oleh beberapa orang hingga tidak terkira kerana ingin  & berminat untuk mengikuti kelas di ND maka dengan ini saya memaklumkan bahawa kelas di buka semula. Walaupon ND hanyalah homemade tetapi saya akan buat yg terbaik untuk Anda dan akan mencurahkan ilmu yang ada pada diri saya kepada anda semua dengan ikhlas, telus & tulus hati, sepertimana saya menjual seperti itu juga la anda akan memperolehinya dan anda tidak perlu risau sekiranya selepas kelas anda masih lagi keliru atau tidak sempurna sepertimana di kelas Anda boleh menghubungi saya (24jam sebab saya tido lewat kekadang tu xtido) pada bila2 masa insyaallah panggilan anda akan di jawab sebaik mungkin. Oleh itu ini adalah jadual untuk masa terdekat


26/03/2011 Sabtu
10pagi - Kelas Aneka Muffin - RM 120
2.30ptg - Kelas Chocolate buatan tangan - RM 180

27/03/2011 Ahad
11pagi - Kelas Aneka Pudding Komesial - RM 120

Jika Anda ingin mengikuti kelas secara sendirian pon boleh anda cuma perlu menyatakan tarikh dan kelas yang anda berminat. Sekiranya tarikh itu saya kelapangan maka saya akan penuhi nya

Anda akan membawa pulang kesemua produk yang anda belajar dan anda tidak perlu risau anak2 berebut kerana anda akan membawa pulang dgn kuantiti yang banyak bukan sepotong, sebijik atau seangkatan dengan nya tp sebekas penuh.

*PERKARA PENTING yang anda perlu tahu untuk datang ke kelas ND adalah
1- Confirmkan kedatangan anda
(sekiranya anda tidak jadi sila beritahu awal xmrah supaya senang ke2 blah pihak)
2- Perlu bawa wang/duit/ongkos/pengeras dan seangkatan dengan nya.(tidak perlu bersusah payah untuk b/in duit saya percaya kepada anda oleh itu boleh bayar masa dtg kelas)
3-Anda hanya menghadirkan diri di kelas ND dengan semangat
(kerana semua bahan akan disediakan oleh saya)
4-Semua hasil nya anda akan membawa pulang
(tidak perlu dibahagi dengan saya kerna dah xlarat nak makan)

No comments:

..:Asam garam kehidupan:..

Ya ALLAH aku adalah Hamba mu yang kerdil, aku memohon pada mu Ya ALLAH kau berikan lah hidayah mu dan kekuatan semoga aku mampu mengharungi segala dugaan yang kau berikan kepada ku sesungguhnya aku adalah Hamba yang lemah.