Askum Semua kengkawan minggu lepas adalah minggu yang meletihkan bagi aku macam-macam hal & kejadian yang xdiduga. Aku ada dua orang adik lelaki yang sorang tu mmg keje di bworth yang lagi sorang tu tukang masak atas kapal. so keje dia 3bln atas laut 3bln lagi atas darat tapi kadang2 berbulan gak atas darat ni nak di jadikan cerita mmg dah dia turun darat aku pun pindah umah apa lagi aku pun suruh la dia tlg cat rumah aku tu almaklumlah nak upah orang mahal klu adik sendiri leh la discount hehehe....lepas je cat rumah aku katanya boring dok bworth ni dia nak g kl tempat kami membesar mulanya aku & mak aku mmg xbg tambah lak dia nak bawa moto dia apalagi bising la mak aku. tapi akhirnya mak aku bagi gak katanya nak cari keje sblum naik kapal. Alkisahnya adk aku pun bertolak lah dgn moto kesayangan nya itu setelah tugas mengecat rumah aku selesai (klu bertolak bila nak smpai hehe apa-apa ajelah yg penting paham ye x). Aku plak mmg xpuas hati adk aku p sana tapi biarkan aje. Baru 5hari dia pergi tiba-tiba aku terima panggilan drpd kwn nya lebih kurang macam ni la ayat nya eermm "askum ni kakak adam ke? saya nazrul kwn adam saya nak bgtau kak yg adam xcdent kat meru." blum pun budak tu abih ckp aku dah tanya bertalu-talu dia xcdent dgn apa? siapa? kat Mana?bila? Tiba2 mak aku yang kat sblah ni dah terduduk. yg budak Nazrul tu plak ckap, "saya rasa baik akak turun sini (kl la) dia xcdent dgn lori muka dia pecah" (lepas ni hilang lah hensem adk aku sorg ni yg mmg perasan hensem). Ternganga aku dengar mcm nak luruh jantung dbuatnya. Apalagi aku baru smp umah kawan sbb anak dia sakit cadangnya lepas tu nak g hantar kuih bakar yg diorder oleh kawan punya kawan nak wat kenduri terus aku bagi kpd kawan aku td minta tlg anta sekejab kuih bakar tu cian plak aku org nak wat kenduri nnt xde kuih lak dah tunggu kuih aku hukhukhuk.....
Dipendekkan cerita aku pun dah letih menaip ni hehehe korang pun msti xsbaq nak tau apa jadi kan. Ok Aku,Mak,Abah&adk laki aku yang lagi sorang tu pergi la HTAR Klang kita terus pergi wad kecemasan smp je sana mcm org gila la mencari adk aku rupa2nya muka dia dah dijahit kitaorg pun pergi la kat katil nya bila smpai je "YA ALLAH" muka adik aku nak nangis pun ada. Bila kitaorg smp kat katil adk aku tengah tido kitaorg bersembang dengan spupu aku yg exdent dgn adik aku tu. pastu bermula la cerita nya begini "depa semua tiga org sepupu termasuk adk aku la naik 2biji moto tengah seronok dpa dok menunggang moto depa tu tiba2 lori tanah yang berhenti dibahu jalan disebelah kiri terus kluar mereka pun lari sebelah kanan blum pun sempat lepas lori yang gila tu tiba2 U turn depan depa apalagi masa tu xsmpat nak buat apa la depa semua terus rempuh lori tu. yang sedihnya Lori yang xberhati perut tu terus melarikan diri bersama lorinya nasib baik la adk aku sempat menarik sepupu aku kluar drpd bwah lori klu x tentu dah pecah kepala nya. Namun nasib xmenyebelahi depa semua pengsan ditempat kejadian sepupu yang sorang lagi tu nama dia Iwan alhamdulillah dia xde apa cuma luka ckit je tp aku risau gak tengok dia mcm biol je. adk aku pecah muka, spupu yang lagi sorang Hadi koma dekat HSgBuloh. Tengah kitaorg berbual adk aku terjaga dan muntah kluar darah kitaorg apalagi panik gila la. dengan penuh yakinnya adik aku cakap dia dok dlm hspital dah 3hari. Terbeliak biji mata aku dah 3hari xde sapa yang call bgtau baru smalm baru call. sepupu aku dengan selamba ckp jgn caya klong dia dah biol tu kitaorg baru kena semalam masa Nazrul cll klong bgtau. Ni aku nak tunjuk kat kengkawan muka adk aku dan spupu aku hadi yg koma tu
masa ni muka dia baru kena jahit rupanya doc xsedar tulang pipi dia dah patah & hancur so nnt 26/4/10 terpaksa di operation semula kerana muka dia makin bengkak tulang yg patah tu nak terkeluar so doc nak pasang palet dan skru muka dia "ya allah" seksanya aku rasa.sakit gila
ni plak sepupu aku hadi yg tengah tunggu jawapan drpd universiti dia koma 50-50 dia patah tembus kaki kiri dan tangan kiri (makna nya tulang terkeluar terus macam muka adk aku tu) semua wayar di masukkan kedalam badan dan paru-parunya bagi mengeluar kan darah beku. apa yg aku tahu doc terpaksa wat operation lagi sebab dlm otak ada darah beku. "YA ALLAH" aku bermohon sangat semoga sembuhkan lah Abdul Hadi ni terlalu banyak tanggungjawab yang terpaksa beliau pikul sebagai ank sulong umo baru 18thn
No comments:
Post a Comment